Kemahiran
Komunikasi Dalam Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar.
Satu
Tinjauan Di Kalangan
Ahli
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia
Yahya Bin Buntat & Muhamad Shahabudin Bin Hassan
Fakulti
Pendidikan
Universiti
Teknologi Malaysia
Abstrak: Kajian ini dijalankan
untuk mengenalpasti tahap kemahiran komunikasi dalam meningkatkan keyakinan
diri di kalangan pelajar melalui melalui tiga aktiviti utama iaitu aktiviti
pembentangan, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengurusan. Kajian berbentuk
deskriptif tinjauan ini melibatkan sampel 120 orang pelajar daripada populasi
seramai 369 orang pelajar yang menjawat jawatan sebagai ahli JKM 13 buah kolej
kediaman di UTM Skudai, Johor. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 45
item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini
telah diuji dan nilai Alfa Cronbach ialah 0.97 manakala keesahan item-item
diperolehi menerusi perbincangan dengan penyelia. Data-data yang dikumpul
seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) for Windows Version 13.0. Hasil analisis daripada persoalan
kajian mendapati bahawa kemahiran komunikasi penting dalam meningkatkan
keyakinan diri pelajar. Beberapa cadangan telah dibuat untuk mengukuhkan kemahiran
komunikasi pelajar terutamanya dari aspek kemahiran komunikasi semasa
pembentangan. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada
pihakpihak yang berkenaan bagi melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran
komunikasi yang berkeyakinan serta mampu bersaing di pasaran kerja kelak.
Katakunci: kemahiran
komunikasi, keyakinan diri
Pengenalan
Kemahiran
berkomunikasi merupakan elemen yang penting dalam proses kehidupan manusia.
Menurut Abdul Aziz Yusof (2003), komunikasi melibatkan penyampaian idea dan
perasaan kepada pihak lain. Tanpa berkomunikasi, maklumat tidak dapat
disampaikan daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Kita berkomunikasi
kerana kita ingin mempengaruhi pemahaman, sikap dan tindakan pihak lain sama
ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu sebagaimana yang kita
kehendaki. Proses komunikasi ini dapat berlaku pada bila-bila masa dan tidak
dapat dielakkan oleh mana-mana individu (Hashim, 2001). Manusia akan sentiasa
berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya sama ada sesama manusia bahkan dengan
penciptanya.
Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar
belakang masalah yang dihuraikan, didapati antara sebab yang berlakunya pengangguran
dikalangan mahasiswa adalah disebabkan oleh kurangnya keyakinan diri dalam
aspek berkomunikasi. Lantaran itu, penyelidik ingin mengkaji dan mengenalpasti
kepentingan kemahiran komunikasi dalam meningkatkan keyakinan diri di kalangan
ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai,
Johor yang meliputi kemahiran komunikasi semasa membuat pembentangan, kemahiran
komunikasi semasa aktiviti berkumpulan dan kemahiran komunikasi dalam aktiviti
pengurusan aktiviti.
Objektif Kajian
Berdasarkan
pernyataan masalah yang dinyatakan sebelum ini, objektif kajian ini adalah
bertujuan untuk mengetahui perkara-perkara berikut :
i. Mengetahui tahap
keyakinan pelajar dalam komunikasi semasa aktiviti pembentangan.
ii. Mengetahui tahap
keyakinan pelajar dalam komunikasi semasa aktiviti berkumpulan.
iii. Mengetahui tahap
keyakinan pelajar dalam komunikasi semasa aktiviti pengurusan.
Kepentingan Kajian
Kajian ini dapat
memberikan manfaat kepada beberapa pihak yang terlibat dalam kajian ini
terutamanya golongan mahasiswa. Walaupun demikian beberapa pihak lain juga
berkepentingan dalam melahirkan graduan yang mempunyai komunikasi yang
berkeyakinan.
Pelajar
Memberikan kesedaran
kepada pelajar mengenai kepentingan meningkatkan kemahiran komunikasi dalam apa
jua aktiviti pembelajaran di universiti. Ini penting untuk memberi pendedahan
kepada pelajar dalam berkomunikasi bagi meningkatkan keyakinan untuk menempuh
alam pekerjaan selepas tamat pengajian.
Pensyarah
Memberikan garis
panduan kepada pensyarah dalam menjalankan aktiviti pembelajaran supaya menerapkan
elemen kemahiran berkomunikasi dalam setiap aktiviti pembelajaran di Universiti
Teknologi Malaysia.
Universiti Teknologi
Malaysia
Menyelaras aktiviti
pembelajaran yang menekankan kepentingan kemahiran komunikasi bagi melahirkan graduan yang kerkeyakinan tinggi dalam
berkomunikasi.
Kementerian
Pendidikan Malaysia
Menggubal polisi
latihan komunikasi di institusi pendidikan tinggi supaya dapat menyediakan
graduan yang berkemahiran dalam berkomunikasi
Batasan Kajian
Kajian ini terbatas
kepada perkara-perkara yang dihadkan oleh penyelidik. Di antara batasan-batasan
tersebut adalah dari segi lokasi, sampel kajian dan faktor yang dikaji.
Responden yang di maksudkan dalam kajian ini terdiri daripada pelajarpelajar
yang merupakan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa UTM Skudai, Johor. Pelajar–pelajar
tersebut adalah mereka yang terdiri daripada:
a) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Rahman Putra (JKM-KRP)
b) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Tun Fatimah (JKM-KTF)
c) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Tun Razak (JKM-KTR)
d) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Tun Hussien Onn (JKM-KTHO)
e) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Tun Dr. Ismail (JKM-KTDI)
f) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Tuanku Canselor (JKM-KTC)
g) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Perdana (JKM-KP)
h) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa 9 (JKM-K9)
i) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa 10 (JKM-K10)
j) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa 11 (JKM-K11)
k) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa 12 & 13 (JKM-K12 & K13)
l) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa 14 & 15 (JKM-K14 & K15)
m) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa 16 & 17 (JKM-K16 & K17)
Metodologi
Populasi Dan Sampel
Kajian
Menurut Azizi et.
al (2006), populasi adalah satu set lengkap semua kumpulan (manusia,
nombor, komuniti, bakteria dan sebagainya) yang memenuhi spesifikasi. Manakala
sampel ialah sebahagian daripada populasi yang didefinisikan. Mengenali
populasi dan sampel kajian adalah sangat penting dalam menjalankan penyelidikan
pendidikan
kerana ia akan
menentukan masalah yang perlu dikaji serta berapa banyak data-data dan maklumat
yang perlu dikumpulkan. Selain itu sampel juga menentukan masa, tenaga dan juga
kos perbelanjaan yang dikeluarkan untuk melaksanakan penyelidikan ( Mohd
Najib,1999). Populasi dalam kajian ini adalah terdiri daripada ahli JKM kolej
mahasiswa UTM Skudai. Bagi menentukan saiz sampel (respondan) yang akan
dilibatkan dalam kajian ini, penyelidik menggunakan 30% daripada jumlah
populasi sebenar. Menurut Mohd Najib (1999), 30% daripada populasi sebenar itu
sudah dianggap mencukupi bagi saiz sampel. Justeru itu jumlah minimum sampel ialah
seramai 104 orang. Walau bagaimanapun lebih besar peratusan sampel adalah lebih
baik kerana penyelidik mempunyai kemungkinan untuk memilih sampel yang
mempunyai ciri – cirri populasi. Sehubungan itu penyelidik telah memilih
seramai 120 orang respondan secara rawak mudah dari ahli JKM yang menginap di
13 buah kolej kediaman di UTM.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian adalah
alat yang digunakan untuk mengumpul data. Kajian ini menggunakan boring soal
selidik sebagai instrumen kajian untuk memperoleh maklumat daripada subjek yang
dikaji. Soal selidik digunakan lebih praktikal untuk populasi yang besar kerana
ia dapat mengukur pemboleh ubah yang hendak diukur daripada saiz sampel yang
banyak dan ini dapat meningkatkan ketepatan dapatan kajian (Mohd Majid, 1990).
Item-item kajian
dibina berdasarkan bahan sorotan kajian, memodifikasi item daripada kajian
lepas oleh penyelidik lain serta
pengalaman penyelidik sebagai seorang pelajar di Universiti Teknologi Malaysia.
Set borang soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian yang utama iaitu
bahagian A untuk maklumat peribadi dan bahagian B yang mengandungi item-item
yang berkait dengan skop kajian.
Bahagian A
Soalan-soalan yang
berkaitan dengan maklumat peribadi responden. Itemitem yang terdapat di dalam
bahagian A adalah
seperti di bawah :
i. Jantina
ii. Bangsa
iii. Umur
iv. CGPA
v. Kolej kediaman
Bahagian B
Dalam kajian ini,
item-item diukur menggunakan skala Likert. Skala Likert digunakan kerana ia
dapat memberikan gambaran yang lebih jelas dan tepat melalui maklum balas
responden. Setiap soalan yang direka
bentuk adalah berpandukan kepada pemboleh ubah yang hendak dikaji oleh
penyelidik. Responden hanya perlu menyatakan setuju atau tidak terhadap
item-item dengan menanda pada skor yang diberikan.
Kajian Rintis
Kajian rintis soal
selidik adalah berguna bagi mendedahkan kekeliruan dan soalan bermasalah yang
lain yang masih wujud dalam soal selidik. Kajian rintis dijalankan adalah
bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam soal
selidik yang dibina sebelum kajian sebenar dijalankan dan mengkaji
masalah-masalah yang akan timbul sewaktu proses sebenar pengumpulan data
dijalankan Saiz sampel untuk kajian rintis tidak perlu besar tetapi memadai
hanya 10 hingga 15 orang sahaja (Mohd Najib, 2003). Justeru itu, kajian rintis
ini telah dilakukan terhadap 10 orang pelajar yang terdiri daripada ahli JKM
Kolej 16 dan 17. Set borang soal selidik yang diedarkan dalam kajian rintis ini
digunakan oleh penyelidik untuk melihat kebolehpercayaan soal selidik sebelum
kajian sebenar di jalankan. Nilai pekali Alfa Cronbach yang diperolehi ialah
0.97, nilai ini menunjukkan item kajian diterima dan instrumen serta item-item pernyataan
tidak perlu di tukar (Mohd Najib, 1999).
Keputusan
Jadual 1: Keputusan Keseluruhan
Bagi Setiap Aspek Kajian Dalam Purata Peratusan
Jadual 1 menunjukkan
keputusan keseluruhan bagi setiap aspek kajian dalam purata peratusan. Terdapat
tiga aspek kajian iaitu kemahiran komunikasi semasa aktiviti pembentangan,
kemahiran omunikasi semasa aktiviti
berkumpulan dan kemahiran komunikasi semasa pengurusan aktiviti. Persoalan
kajian pertama iaitu tahap keyakinan kemahiran komunikasi semasa aktiviti
pembentangan menunjukkan peratusan di tahap sederhana iaitu 56.3 peratus.
Walaupun demikian jumlah ini hamper sahaja berada ditahap yang lemah dengan
kelebihan 7 peratus sahaja untuk berada di tahap lemah. Manakala 13.7 peratus
respondan memberikan jawapan tidak setuju berkenaan persoalan kajian pertama ini
dan selebihnya iaitu 15 peratus memberikan jawapan tidak pasti.
Persoalan kajian kedua pula menunjukkan
responden yang bersetuju bahawa keyakinan kemahiran komunikasi mereka berada di
tahap yang baik dengan mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 80.2 peratus.
Ini menunjukkan pelajar mempunyai kemahiran komunikasi yang baik tetapi hanya
terhad pada aktiviti bersama rakan sekumpulan sahaja. Hanya sebilangan kecil
respondan iaitu mewakili 2.3 peratus daripada mereka yang tidak bersetuju
dengan item-item yang dikemukakan pada persoalan kajian kedua ini. Manakala
bakinya iaitu 17.5 peratus memberikan respon tidak pasti pada item-item yang dikemukakan.
Persoalan kajian yang terakhir juga mencatatkan peratusan setuju yang tinggi
iaitu 84.3 peratus. Respondan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam
pengurusan dan penganjuran aktiviti yang sering dilakukan. Walau bagaimanapun
terdapat 7.2 peratus respondan masih belum mempunyai keyakinan kemahiran
komunikasi yang baik dari aspek ini. Terdapat 8.5 peratus daripada respondan memberikan
jawapan tidak pasti pada persoalan kajian yang ketiga ini.
Perbincangan
Apakah kemahiran berkomunikasi
dalam aktiviti pembentangan dapat meningkatkan keyakinan pelajar?
Berdasarkan maklumat
yang diperolehi, dapat dirumuskan bahawa kemahiran komunikasi pelajar dalam aktiviti
pembentangan berada di tahap yang sederhana. Kemahiran komunikasi memainkan
peranan yang amat penting dalam membuat pembentangan. Menurut Dr. Mohd Fadzilah
dan Ahmad Naim (2006), kepetahan bercakap adalah suatu bakat yang tersendiri,
tetapi kemahiran berkomunikasi adalah sesuatu yang perlu dipelajari. Sehubungan
itu kesedaran pelajar mengenai kepentingan kemahiran komunikasi perlu di semai
supaya aktiviti pembentangan akan menjadi medium pembelajaran yang efektif bagi
meningkatkan keyakinan pelajar dalam mengamalkan komunikasi yang efektif. Menurut
Abdul Rahman Abdul Aziz (2000), kebolehan komunikasi adalah pencapaian manusia
yang paling berharga kerana kebolehan ini telah membolehkan manusia berhubung
diantara satu dengan lain. Berdasarkan kenyataan ini, pengkaji ingin
mengingatkan pelajar supaya menggunakan aktiviti pembentangan sebagai landasan
berharga bagi memupuk kemahiran komunikasi yang berkeyakinan. Peluang ini
seharusnya digunakan oleh pelajar untuk memperbaiki kemahiran komunikasi dalam pembentangan
mereka dan sewajarnya pelajar tidak bersikap sambil lewa ketika melakukan pembentangan.
Ini berdasarkan dapatan kajian yang mencatatkan bahawa pelajar tidak cuba
mengambil inisiatif penting dalam memperbaiki kemahiran komunikasi mereka
terutamanya dalam amalan merekod pembentangan yang mereka lakukan bagi tujuan
penilaian kendiri.
Pada dasarnya
seseorang itu berhujah atau berkomunikasi disebabkan hendak mempengaruhi sikap,
pemikiran dan tingkah laku individu-individu yang mendengar ucapan (Ainon,
2003). Jadi komunikasi memerlukan stategi dan cara-cara yang berbeza supaya
objektif akan tercapai. Dapatan kajian menunjukkan persediaan sebelum
pembentangan, penggunaan bahan visual, penghuraian idea, intonasi, penggunaan
emosi dan peruntukan masa belum lagi mencapai tahap yang dikehendaki. Pelajar
perlu membuat persediaan dan mengamalkan etika dan adab komunikasi bagi
meningkatkan kemahiran komunikasi mereka ke tahap yang lebih baik. Aktiviti
pembentangan merupakan aktiviti pembelajaran yang bersifat formal di
universiti. Dapatan kajian membuktikan bahawa pelajar adakalanya masih gugup
ketika berhadapan dengan audien yang ramai ketika melakukan pembentangan.
Pelajar juga kurang mahir dalam menjawab persoalan yang dikemukakan oleh
persoalan yang dikemukakan oleh audien. Dapatan ini bertepatan dengan pendapat yang
dikemukakan Tengku Mahaleel (2002) yang menyatakan antara penyebab graduan
gagal dalam sesi temuduga adalah kerana mereka gagal meyakinkan majikan dengan
kelebihan diri masing–masing. Mereka juga gagal untuk memberi pendapat yang
bernas bagi sesuatu isu walaupun antara mereka mempunyai kelulusan akademik
yang cemerlang.
Justeru itu, jelaslah kelulusan akademik dan
teknikal perlulah juga dilengkapi dengan kemahiran komunikasi yang berkesan. Dapatan
kajian menunjukkan hasil yang bersamaan dengan kajian yang menemukan bahawa
terdapat pelajar yang tidak yakin dan takut untuk berucap di khalayak ramai
(Kulwindr Kaur Sidhu, 2006). Ini mungkin kerana perasaan gementar serta
struktur sesuatu ucapan itu yang perlu disokong oleh contohcontoh, ilustrasi,
fakta dan angka. Selain itu perasaan gementar yang timbul juga menyebabkan sesuatu ucapan
itu tidak dapat disampaikan dengan lancar.
Apakah kemahiran
komunikasi dalam aktiviti secara berkumpulan dapat meningkatkan keyakinan
pelajar?
Berdasarkan dapatan
persoalan kajian kedua ini, didapati para pelajar mempunyai kemahiran
komunikasi dalam aktiviti berkumpulan yang baik berdasarkan maklumat-maklumat
positif yang diperolehi dalam kajian ini. Aktiviti berkumpulan memerlukan
pelajar-pelajar untuk bekerjasama bagi mencapai tujuan tertentu. Menurut Long
(2005), salah satu ciri kumpulan ialah sekumpulan individu yang saling berkomunikasi
antara sesama ahli kumpulan untuk mencapai tujuan yang sama. Kesediaan pelajar
dalam mengambil inisiatif untuk memulakan perbincangan dan seterusnya melakukan
perbincangan berada di tahap yang memberansangkan.
Dapatan kajian
membuktikan bahawa pelajar mampu untuk memulakan komunikasi dan seterusnya
berkomunikasi sesama ahli kumpulan kerana mereka mempunyai tujuan yang sama
iaitu menyiapkan tugasan yang diperlukan untuk keperluan kursus. Proses
komunikasi akan sentiasa berlaku sepanjang pelajar menjalankan aktiviti secara
berkumpulan. Secara keseluruhannya pelajar-pelajar dapat untuk memberikan
respon, memberikan pendapat dan idea, memberi pandangan dan cadangan bagi
aktiviti yang sering mereka lakukan dalam kumpulan. Menurut Lumsden dan Lumsden
(2004), kehidupan peribadi dan kehidupan professional manusia memerlukan kebolehan
manusia untuk memikirkan secara kreatif dan kritikal bagi menyeronokkan suasana
kerja sekaligus mendapat keputusan yang baik dan berkesan. Jelas disini
membuktikan bahawa sumbangan idea,pendapat,cadangan dan respon akan membuatkan
ahli kumpulan sentiasa memupuk penjanaan idea yang kreatif bagi menyelesaikan
sesuatu masalah yang dibincangkan.
Dalam menyertai atau
mengendalikan sesuatu aktiviti berkumpulan, salah satu kemahiran yang perlu dimiliki
oleh pelajar adalah kemahiran mengurus interaksi apabila sedang berkomunikasi
dengan orang lain. Ertinya mereka tidaklah bercakapcakap mengikut kehendak
mereka sahaja, iaitu asalkan pihaknya berasa puas, tanpa mengambil kira sama
ada pihak lain berasa puas dalam berinteraksi dengannya. Menurut Abdullah dan
Ainon (2000), mutu interaksi terbahagi kepada tiga iaitu tujuan bercakap
tercapai, berjaya menjelaskan fikiran dan perasaannya dan keperluan
psikologinya dipenuhi. Justeru itu, penyelidik ingin melihat adakah pelajar
dapat mengaplikasikan interaksi yang baik ketika berkomunikasi dengan mengajukan
soalan seperti saya mahir mengurus interaksi apabila berkomunikasi dan kesannya
semua pihak akan berasa puas.
Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang terlibat dalam aktiviti
berkumpulan mampu mengaplikasikan interaksi komunikasi yang baik hanya berada
di tahap sederhana. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar yang bekerjasama
dalam kumpulan bukanlah dari kelompok yang sama tahap pemikirannya apatah lagi
amat sukar bagi manusia untuk memuaskan hati semua pihak. Menurut Abdullah dan
Ainon (2000), komunikasi berkesan mempunyai lima ciri iaitu kefahaman, keseronokan,
pengaruh ke atas sikap, perhubungan yang bertambah baik, dan adanya tindakan
yang menyusuli. Elemen keseronokan yang diutarakan dalam kajian ini menyokong
pendapat diatas dimana pelajar-pelajar lebih seronok melakukan aktiviti secara
berkumpulan berbanding secara berseorangan. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti
berkumpulan mampu meningkatkan keyakinan pelajar dalam berkomunikasi
berdasarkan persepsi pelajar yang setuju adalah tinggi. Kemahiran berkomunikasi
yang baik sememangnya dapat dibentuk dalam diri pelajar melalui kegiatan yang
disertai. Komunikasi antara rakan melalui pertukaran idea dan maklumat
membentuk komunikasi yang baik secara tidak langsung
dalam aktiviti yang
disertai (Zuraidah, 2003). Selain itu, melalui aktiviti berkumpulan juga akan
mendedahkan pelajar kepada proses penghuraian idea yang terperinci bagi
memantapkan kefahaman sesama ahli kumpulan. Kemahiran komunikasi dalam kumpulan
akan memaksa pelajar untuk memotivasikan rakan sekumpulannya apabila wujud ahli
kumpulan yang berputus asa atau buntu dalam memainkan peranannya dalam
kumpulan. Sehubungan itu pengorganisasian kumpulan yang cekap akan memainkan
peranan dalam memastikan setiap kumpulan dapat menjalankan fungsinya dengan
cekap. Menurut Parker (2003), perbincangan kumpulan memerlukan
individu yang akan
memainkan peranan dalam memastikan perbincangan terus berjalan sehingga
mencapai keputusan.
Ahli kumpulan boleh menyoal ahli kumpulan lain untuk memberikan huraian yang lebih
terperinci pada setiap idea yang dikemukakan. Pelajar juga perlu bijak dalam
memotivasikan rakan sekumpulan melalui pelbagai kaedah seperti meringkaskan hasil
perbincangan pada setiap peringkat perbincangan supaya ahli kumpulan yang belum
memberikan idea akan cuba dan terus berfikir untuk menyumbang kepada tujuan
perbincangan. Segala aspek yang diutarakan ini hanya menunjukkan peratusan
setuju yang sederhana sahaja namun boleh dipertingkatkan lagi melalui kesediaan
pelajar dalam memotivasikan ahli kumpulan lain.
Aktiviti berkumpulan
memerlukan struktur organisasi yang terancang bagi memastikan perjalanan
aktiviti dapat dilakukan dengan berkesan. Pelajar-pelajar yang melibatkan diri
dalam kumpulan dapat
menjalankan tugas
sebagai ketua kumpulan dan sekaligus memastikan ahli kumpulan dapat menerima
arahan yang telah
diarahkan. Arahan serta pengagihan tugas dapat dilakukan melalui aktiviti
mesyuarat yang boleh dilakukan pada suatu masa yang ditetapkan. Dapatan kajian
membuktikan elemen-elemen yang dihuraikan ini diadaptasi oleh pelajar dengan
baik sepanjang melakukan aktiviti berkumpulan kerana peratusan setuju yang
tinggi dicatatkan berkenaan item-item yang diajukan. Hasil dapatan ini disokong
oleh Lumpsden & Lumpsden (2004), yang menyatakan bahawa potensi komunikasi
berkumpulan dapat menghasilkan kumpulan kooperatif yang berkesan dengan
pengstrukturan organisasi kumpulan yang bersistem.
Kemahiran komunikasi
yang baik juga dapat diukur melalui kebolehan seseorang ahli kumpulan untuk mempengaruhi
ahli lain supaya menerima cadangan yang dikemukakan. Apabila wujud situasi
dalam kumpulan yang memerlukan persetujuan majoriti bagi menentukan sesuatu
keputusan, maka ahli kumpulan akan cuba untuk mempengaruhi ahli lain supaya
mempersetujui cadangan yang telah
dikemukakan. Cadangan
yang ditolak pula memerlukan kritikan yang beradap supaya proses komunikasi tidak
dicemari dengan ketegangan. Ahli kumpulan perlu bertolak ansur dan menghormati
keputusan yang dipersetujui oleh majoriti. Kajian ini membuktikan bahawa
pelajar-pelajar mampu untuk mempengaruhi ahli kumpulan lain supaya menerima
cadangan yang telah dikemukakan. Selain itu, pelajar-pelajar yang bekerja dalam
kumpulan juga mampu menonjolkan toleransi yang baik dengan mengamalkan sifat
tolak ansur bagi mengelakkan ketegangan dalam kerja berpasukan. Bersesuaian
dengan pendapat Dr Ismail Zain (Utusan Malaysia, 2001), prestasi yang
ditunjukkan melalui kemahiran berkomunikasi dapat membuktikan aras pemikiran,
keyakinan diri, serta aras komitmen dapat dinilai dengan lebih tepat.
Apakah kemahiran
komunikasi dalam aktiviti pengurusan dapat meningkatkan keyakinan pelajar?
Dapatan kajian dalam
bab empat, menunjukkan kemahiran komunikasi dalam aktiviti pengurusan Berjaya membuktikan
bahawa kemahiran komunikasi tersebut berada di tahap yang baik. Penyelidik
telah memecahkan item-item persoalan kajian bagi aktiviti pengurusan kepada 11
item yang relevan bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga ini.
Memandangkan
keseluruhan respondan adalah merupakan ahli JKM bagi kolej-kolej di UTM, maka
jelas kajian ini menunjukkan bahawa tiada respondan yang tidak bersetuju dalam
memberikan sumbangan kepada pengurusan aktiviti yang bakal dianjurkan. Komitmen
setiap ahli JKM memerlukan memerlukan mereka untuk memberi sumbangan dan
sokongan yang tidak berbelah bagi bagi setiap aktiviti yang bakal dianjurkan.
Penganjuran dan pengurusan aktiviti yang Berjaya akan mengharumkan nama kolej
sekaligus mendatangkan manfaat kepada semua warga kolej.
Kerjasama antara ahli
JKM kolej memerlukan setiap jenteranya supaya bersedia untuk berunding sesame mereka
dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak bagi menetapkan kaedah yang
terbaik dalam menganjurkan aktiviti samada pertandingan,seminar,bengkel,khemah
ibadat, sukan rekreasi dan sebagainya. Penentuan kaedah terbaik ini memerlukan
mereka untuk berkomunikasi dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan persetujuan
pada perlaksanaan program yang bakal dianjurkan. Dapatan kajian juga
membuktikan bahawa kemahiran komunikasi yang baik wujud apabila pelajar-pelajar
dapat mengemukakan cadangancadangan yang relevan untuk menjayakan sebarang
aktiviti. Pengorganisasian yang cekap memerlukan komunikasi yang efektif dari
peringkat atasan sehinggalah ke peringkat akar umbi. Apatah lagi dengan
penganjuran aktiviti yang memerlukan kos dan kertas kerja yang mantap bagi
mendapat kelulusan pihak yang berkenaan. Dapatan kajian membuktikan bahawa
pelajar pelajar mampu untuk mengorganisasikan jawatankuasa yang baik bagi
penganjuran sebarang aktiviti.
Jelas sekali di sini
menunjukkan bahawa pelajar setuju bahawa mereka bersedia membentuk organisasi bagi
melaksanakan sesuatu program atau aktiviti. Menurut Ahmad Atroy (1986),
seseorang pengurus atau pemimpin seharusnya mempunyai kebolehubahan dan
berbagai kemahiran yang perlu untuk mengubahubah kelakuannya sendiri. Maksud di
sini, pemimpin juga dikenali sebagai pengurus, kerana ianya mengurus, mentadbir
serta memerintah sesebuah organisasi supaya lebih berdaya saing. Sehubungan itu
seseorang pemimpin memerlukan mereka berkomunikasi dengan penuh keyakinan dalam
membahagikan tugas-tugas pengurusan kepada jawatankuasa aktiviti supaya organisasi
penganjuran dapat berjalan dengan lancar sekaligus memastikan kejayaan
pengurusan aktiviti.
Kemahiran komunikasi
dalam aktiviti pengurusan memerlukan pelajar untuk berkomunikasi dengan
pelajar lain bagi
menggalakkan pelajar lain untuk menyertai program yang bakal dianjurkan.
Kemahiran komunikasi ini memerlukan pelajar untuk menyampaikan maklumat
penganjuran aktiviti dan menjelaskan kepada pelajar tentatif program yang bakal
dijalankan supaya dapat menarik minat penghuni kolej supaya menyertai program
tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ahli JKM kolej-kolej UTM dapat mengamalkan
komunikasi yang baik dengan peratusan setuju yang tinggi.
Komunikasi lisan dan
bertulis turut diukur bagi meninjau kemahiran komunikasi pelajar. Pelajar
secara lisan mampu untuk mempengaruhi pelajar lain untuk menyertai program yang
bakal dianjurkan.
Perkataan
mempengaruhi ini boleh memerihalkan pelbagai bentuk seperti ajakan,pujukan,
penerangan
manfaat dan
sebagainya bagi menggalakkan pelajar lain untuk menyertai program yang bakal
dianjurkan. Walau bagaimanapun,kajian mendapati bahawa kemahiran komunikasi
bertulis berada di tahap yang rendah apabila pelajar-pelajar menyatakan bahawa
mereka tidak berkebolehan dalam membuat risalah penganjuran program yang
menarik bagi aktiviti yang bakal dijalankan. Jelas disini menunjukkan bahawa pelajar
kurang kreatif dalam menghasilkan risalah yang cukup menarik supaya dapat
menarik perhatianpara pelajar lain di kolej.
Kejayaan penganjuran
aktiviti memerlukan pelajar untuk berhubung dan berurusan dengan pihak luar
bagi memastikan
aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna. Sebagai contoh, penganjuran kempen
derma darah yang seringkali dianjurkan oleh pihak JKM kolej 16 dan 17
memerlukan ahli JKM untuk
berhubung dengan
Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu bagi penganjuran aktiviti tersebut.
Dapatan
kajian membuktikan
dengan jelas bahawa kemahiran komunikasi dengan pihak luar berada ditahap yang baik
lantaran peratusan setuju yang tinggi bagi kebolehan komunikasi dengan pihak
luar ini. Penerapan komunikasi yang lebih berkesan sebenarnya berlaku di luar
bilik darjah (Ee, 1990). Penglibatan dalam aktiviti pengurusan yang memerlukan
kerjasama dengan pihak luar secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri pelajar. Sifat berkerjasama, menghormati orang lain, semangat
berpasukan dan memberikan komitmen wujud melalui aktiviti yang dijalankan.
Menurut Hurst,
kemahiran komunikasi tidak dapat ditingkatkan tanpa wujudnya kesedaran oleh
individu itu sendiri. Dapatan kajian membuktikan bahawa pelajar-pelajar
mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan kemahiran komunikasi.
Mereka percaya bahawa penglibatan mereka dalam aktiviti penganjuran aktiviti di
kolej dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka ke tahap yang lebih baik.
Rumusan
Kajian mendapati
bahawa kemahiran komunikasi dalam aktiviti pembelajaran mampu untuk
meningkatkan
keyakinan diri pelajar. Berdasarkan dapatan kajian didapati bahawa aktiviti
komunikasi
pelajar semasa
aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengurusan menunjukkan kemampuan pelajar
untuk
berkomunikasi dengan
penuh keyakinan berada di tahap yang tinggi. Namun begitu, kemahiran
komunikasi dalam
aktiviti pembentangan berada di tahap yang sederhana kerana kajian mendapati
terdapat beberapa
kelemahan dalam amalan kemahiran komunikasi pelajar.
Rujukan
Al Qur’an al Karim.
Ab. Aziz Yusuf
(2003). Komunikasi Untuk Pengurus. Utusan Publication & Distributor Sdn.
Bhd. KualaLumpur.
Abd. Rahman Abdul
Aziz (2000). Kemahiran Sosial Asas. Utusan Publication & Distributor Sdn.
Bhd.Kuala Lumpur.
Ainon Mohammad
(2003). Komunikasi Berkesan. Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
Ainon Mohd &
Abdullah Hassan (2002). Mendorong Diri Sendiri. PTS Publications &
Distributor Sdn.Bhd. Pahang.
Ahmad Atroy Hussain
(1986). Tingkah Laku Organisasi Dalam Pengurusan Moden.
Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur
Azizi Yahya,
Sharifuddin Ismail, Amir Hamzah Abdul & Halimah Ma’alip (2001). Hubungan di
AntaraKonsep Kendiri Dengan Kemahiran Komunikasi Terhadap Pencapaian Akademik
Pelajar Di
sekolah Menengah Di
Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Yahya, Shahrin
Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2006).
Menguasai
Penyelidikan dalam Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.
Berita Harian (2004).
“Lemah Komunikasi Punca Lepasan Universiti Gagal Temu Duga.” Berita Harian,
20 April 2004.
Berita Harian (2006).
”Kadar Pengangguran Meningkat”. Berita Harian, 27 Januari 2006.
Buletin P&P Versi
Elektronik, Edisi 1 : Jun 2004
Coyle A. (1993). “Quality
interpersonal communication—perception and reality”. Manage, 45:1, 6-7.
Dato’ Dr. Mohd.
Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar (2006). Tip Menjadi Individu Menarik.
PTS
Millennia Sdn. Bhd.
Selangor.
Ee Ah Meng (1999).
Psikologi Pendidikan 1. Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor.
Hashim Fauzy Yaacob
(2001). Komunikasi Antara Manusia. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
Hasliza Hassan
(2003). Ciri – Ciri Kualiti Pelajar untuk Keperluan Kerja Pada Masa Kini,
Seminar
Antara Industri dan
Institusi Pendidikan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Hishamuddin Mohd
(2003). “Get Into The Business World.” Kertas kerja di “National IPT, Industry
and
Career Symposium
2003.”12-13 Julai 2003, di Century Mahkota, Melaka. Tidak diterbitkan
Hurst B. (1996). “The
Handbook of Communication Skills”. Kogan Page Ltd, London.
Jacob, W. (2007). “Tracking
the Development of Communication Skills: The Experience of 2004 and
2005 Pittsburgh Katz Graduates.” Pittsburgh Katz Business School
University. 1-3.
Sumber : http://eprints.utm.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan