Selamat datang ke blog folio ilmu D'Selonggok. Dalam blog ini dimuatkan koleksi maklumat tentang empat tajuk utama iaitu:-
1. Kemahiran Komunikasi
2. Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
3. Pemikiran kritikal & Penyelesaian Masalah
4. Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Bagi setiap topik yang dibincangkan, maklumat disediakan dalam bentuk :-
1. Artikel
2.Video
3.Persembahan (Slide)
4.eBook
klik pada pautan yang diberikan untuk memaparkan maklumat yang disediakan.
Sumber maklumat:
-Internet
-Journal
-Research
-Hasil kerja dan perbincangan kumpulan
Terima Kasih.
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Pengenalan:
Kemahiran untuk berhubung dengan orang lain dikenali sebagai kemahiran komunikasi. Komunikasi melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang melalui sifat kepimpinannya dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya. Penguasaan seseorang terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana beliau berkomunikasi dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang melibatkan orang lain. Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang.
Klik pada pautan di bawah untuk melayari maklumat kemahiran komunikasi dalam bentuk Artikel, Video, Slaid persembahan dan juga ebook.
Sila pilih dan klik pautan di bawah:-
1. Artikel
2. Slaid persembahan
3. Video
4. Ebook
Kemahiran untuk berhubung dengan orang lain dikenali sebagai kemahiran komunikasi. Komunikasi melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang melalui sifat kepimpinannya dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya. Penguasaan seseorang terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana beliau berkomunikasi dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang melibatkan orang lain. Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang.
Klik pada pautan di bawah untuk melayari maklumat kemahiran komunikasi dalam bentuk Artikel, Video, Slaid persembahan dan juga ebook.
Sila pilih dan klik pautan di bawah:-
1. Artikel
2. Slaid persembahan
3. Video
4. Ebook
KEMAHIRAN KOMUNIKASI (VIDEO)
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Video di bawah adalah berkaitan dengan Kemahiran komunikasi
Kemahiran Komunikasi (Video 2)
PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT(VIDEO)
Information management
Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat
PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT(Article)
Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran;
- Meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri; dan
- Mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri.
- Mampu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.
- Mampu meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri.
- Mampu mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri.
Pengurusan
maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam konteks pembangunan
diri merentas pelbagai dimensi yang bermula dengan dimensi diri, dimensi
keluarga dan dimensi masyarakat. Pelajar didedahkan dengan pemikiran
tentang maklumat dan penyaringan maklumat yang benar sehingga mampu
dihayati menjadi ilmu yang berguna untuk diri. Dengan itu dikembangkan
kepada keluarga dan seterusnya kepada masyarakat. Dalam proses tersebut
berlaku tindak balas dan cabaran yang membentuk ketajaman fikiran
pelajar untuk menganalisis masalah dan membentuk keyakinan diri
membangunkan potensi diri sendiri serta orang sekeliling.
Proses
pembelajaran tidak hanya melibatkan belajar tapi juga mengajar dan
berkomunikasi untuk mengesahkan bahawa maklumat dan pendirian yang
dipegang selama ini adalah benar dan mantap sehingga boleh menyerlah
sebagai seorang yang berilmu dan khususnya dalam profresion yang
diceburi. Oleh yang demikian maklumat yang ada dikembangkan sehingga
mampu bertindak menghasilkan pelbagai produk yang berguna untuk
dimanfaatkan oleh diri dan orang lain.
- Kemahiran pengurusan maklumat amat penting untuk menguasai pelbagai kemahiran terkini.
- Pengurusan pengetahuan juga dapat membantu organisasi dalam memperbaiki keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap.
- Mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan membolehkan seseorang individu itu menguasai ilmu, menghayati nilai murni dan memperluaskan pengalaman hidup supaya individu itu berupaya menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin serta kreatif.
Menurut beberapa kamus umum, maklumat ialah data, bahan dan pengetahuan. Maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.
Ciri-ciri maklumat ialah:
- Relevan
- Boleh dipercayai
- Boleh difahami
- Lengkap
- Tepat pada masanya
- dan Membantu mengurangkan ketidakfahaman
Contoh organisasi yang menguruskan maklumat ialah perpustakaan, arkib, muzium, galeri seni dan internet.
Maklumat
iaitu pengetahuan diperoleh proses mengetahui atau mengumpul maklumat
yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia
di sekeliling kita. Proses mengumpul maklumat ini akan berterusan
sepanjang hayat, sejak lahir sehingga akhir hayat.
Literasi
dari sudut bahasa bermaksud celik atau berpengetahuan. Dari segi
istilah, literasi maklumat adalah keupayaan mencari dan menggunakan
maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar yang
celik maklumat bukan seharusnya bukan sekadar mampu mengakses sumber
maklumat secara kritis dan menggunakan maklumat tersebut dengan tepat
dan kreatif. Individu yang celik maklumat ini adalah mereka yang tahu
bagaimana berpengetahuan dicari, disusun, dan bagaimana maklumat itu
digunakan untuk menyelesaikan permasalahan serta cara mempersembahkan
maklumat agar orang lain dapat memahaminya.
Secara
umum, data didefinasikan sebagai fakta dan nombor kasar yang belum
diproses, maklumat sebagai data yang diproses, manakala pengetahuan
ialah maklumat yang disahkan.
Literasi
maklumat adalah satu "set kemahiran" yang boleh dipelajari. Set
kemahiran itu termasuk sikap tertentu terhadap pembelajaran itu sendiri;
penggunaan alatan,seperti tutorial dalam talian; penggunaan teknik,
seperti bekerja dengan kumpulan; dan penggunaan kaedah seperti
pengantungan kepada para mentor; pembimbing dan omsbudman.
Lau
(2006) menetapkan 3 komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat
untuk mewujudkan pembelajaran berkesan iaitu akse, penilaian dan
penggunaan maklumat.
AKSES : Pengguna berkebolehan mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan.
- Kebolehan untuk mendefinisi atau mengenal pasti keperluan maklumat.
- Kebolehan untuk memutuskan untuk berbuat sesuatu bagi mencari maklumat.
- Kebolehan untuk menyatakan dan mendefinisikan keperluan maklumat.
- Kebolehan untuk memulakan proses pencarian.
- Kebolehan untuk mengenal pasti dan menilai sumber-sumber maklumat berpotensi.
- Kebolehan untuk menghasilkan strategi pencarian.
- Kebolehan untuk mengakses sumber-sumber maklumat terpilih.
- Kebolehan untuk memilih dan mendapatkan semula maklumat yang dikesan.
PENILAIAN : Pengguna menilai maklumat dengan cekap dan kritis.
- Kebolehan untuk menganalisi, memeriksa, dan mengekstrak maklumat.
- Kebolehan untuk membuat tanggapan umum dan mentafsir maklumat.
- Kebolehan untuk memilih dan mensintesis maklumat.
- Kebolehan untuk menilai ketepatan dan kerelevenan maklumat yang didapatkan semula.
- Kebolehan untuk menyusun dan mengkategorikan maklumat.
- Kebolehan untuk mengelompokkan dan menyusun maklumat yang telah diperoleh.
- Kebolehan untuk menentukan maklumat mana yang terbaik dan paling berguna.
PENGGUNAAN : Pengguna berupaya mengaplikasikan/menggunakan maklumat dengan tepat dan kreatif.
- Kebolehan untuk mencari cara-cara baru untuk berkomunikasi, mempersembah dan menggunakan maklumat.
- Kebolehan untuk menggunakan maklumat yang telah diperoleh.
- Kebolehan untuk mempelajari atau mendalami maklumat sebagai pengetahuan peribadi.
- Kebolehan untuk mempersembah produk maklumat.
- Kebolehan untuk memahami penggunaan beretika maklumat.
- Kebolehan untuk menghormati perundangan berkaitan penggunaan maklumat.
- Kebolehan untuk memperkatakan tentang produk pembelajaran dengan mengiktirafkan harta intelek.
- Kebolehan untuk menggunakan piawaian gaya pengiktirafan yang relevan.
Pengetahuan ialah keadaan mengetahui; tahu pula adalah keadaan kefahaman yang dicapai melalui pengalaman atau pembelajaran semua atau sebahagian perkara yang diterokai, difahami atau dipelajari. Pengetahuan berkait rapat dengan maklumat kerana ia terdiri daripada maklumat berkaitan fakta, prosedur, konsep, interpretasi, idea, pemerhatian, dan pertimbangan yang terkandung dalam pemikiran seseorang. Tuomi(1999) berpendapat pengetahuan mesti wujud sebelum maklumat dapat digubah adalah hasil daripada pemprosesan kognitif yang dicetuskan oleh maklumat dan menghasilkan maklumat. Maklumat diubah menjadi pengetahuan apabila diproses dipersembahkan dalam bentuk teks, grafik, perkataan atau dalam bentuk simbol yang lain. Kefahaman yang sama mengenai maklumat dalam kalangan sekumpulan individu dapat dicapai apabila mereka berkongsi asas pengetahuan yang sama.
Pengurusan
pengetahuan ialah suatu proses membangun, memanfaat, menghantar dan
menggunakan pengetahuan. Pengurusan pengetahuan adalah terdiri daripada
tiga komponen iaitu pembangunan atau penghasilan pengetahuan,
penyimpanan pengetahuan dan perkongsian pengetahuan. Pengurusan
pengetahuan tidak hanya tertumpu kepada penyimpanan pengetahuan semata
sebaliknya ia turut menekankan kepada perolehan serta perkongsian
pengetahuan di antara warga organisasi.
Pengurusan
pengetahuan merupakan salah satu isu yang penting dalam pengurusan hari
ini. Pengetahuan dapat meningkatkan daya saing organisasi. Pengetahuan
yang dikongsi, diaplikasi dan diperbaharui dapat menjana idea kreatif.
Penyelesaian masalah secara kreatif dan pengenalan produk atau
perkhidmatan yang efektf dapat meningkatkan daya saing organisasi.
Pengurusan pengetahuan melibatkan 4 proses utama iaitu penciptaan, penyimpanan dan pemerolehan semula, pemindahan dan aplikasi.
Pemastian
maklumat adalah teras pembelajaran. Memastikan kesahihan maklumat
adalah langkah penting dalam pengurusan maklumat. Para sarjana Islam
merangka dan menyusun etika penapisan maklumat secara saintifik supaya
menjadi suatu gagasan ilmu sepadu yang berauntentik. Untuk itu,apa saja
teknik yang berkesan untuk menjelaskan kebenaran positif adalah diterima
berikut:
- Membentuk sikap positif untuk belajar mengurus maklumat.
- Menggunakan alatan, seperti tutorial.
- Menggunakan teknik, seperti bekerja dengan kumpulan.
- Menggunakan kaedah seperti pergantungan kepada mentor.
- Berkongsi pengetahuan dengan memberitahu, menterjemah serta mendidik rakan dalam institusi.
- Menerap dan menggunakan pengetahuan dalam percambahan idea, meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan masalah.
Proses
pembelajaran manusia bermula melalui persekitaran keluarga.
Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk
peribadi atau profesion yang dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan
atas motivasi sendiri. Ia juga pembangunan potensi manusia melalui
proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu
menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat
dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab
dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi
segala cabaran hidup. Ini bermakna seseorang akan menghadapi perubahan
dalam peringkat kehidupan maka keperluan belajar akan menjadi penting
tetapi jenis maklumat, ilmu dan fokusnya adalah berbeza pada setiap
peringkat. PSH selari dengan kehendak sosial dan ekonomi sezaman yang
memaksa individu menjadi aktif untuk kebaikan diri sendiri. PSH adalah
proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri
dan pembelajaran.
PSH dilaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks berikut iaitu :
- Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah.
- Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya.
- Pendidikan lanjutan yang berkonsep formal dan dijalankan di institusi pengajian tinggi.
- Latihan dalam perkhidmatan yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalu bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.
- Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasakan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian.
Kemahiran
pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah saling
berkait antara satu sama lain. Kebolehan individu menggarap pengetahuan
dari masa ke semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai kaedah dan
teknik komunikasi yang mudah dan mampu menganalisi segala maklumat yang
datang, serta berkebolehan mencerakinkan pada tempatnya yang wajar
membuktikan potensi sebagai insan kian terserlah. Insan sebagai khalifah
ALLAH SWT sebenar menggunakan maklumat bukan untuk dicemarkan hubungan
sesama manusia dan melakukan fitnah serta mengaibkan manusia, tetapi
sebaliknya mengharmonikan suasana dan menjelaskan realiti kebenaran
sebagai seorang insan yang bermaruah dan bertanggungjawab untuk
mewujudkan kebaikan dan kesejahteraan bersama di dunia dan selanjutnya
di akhirat.
PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH (VIDEO)
Critical Thinking Video 1
Critical Thinking Guide Video
PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH (ARTIKEL)
Konsep Pemikiran Kritis
Definisi
Pemikiran kritis dapat dilihat sudut pengertiannya dari segi bahasa
dan istilah. Frasa ‘pemikiran kritis’ adalah merupakan gabungan atau
hubungan antara dua perkataan iaitu ‘pemikiran’ dan juga ‘kritis’. Mudah
untuk mentafsirkan maksud ‘pemikiran’ iaitu merujuk kepada kebolehan
manusia untuk mencipta gagasan-gagasan dan pengertian-pengertian,
berhujah, menilai, serta membuat keputusan.
Dari sudut bahasa perkataan kritis berasal daripada perkataan Inggeris ‘ Critic’. Namun begitu kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘Kriths’ ( kritikos) yang bermaksud menimbang (judge). Menimbang pula membawa maksud menilai (evaluates), membezakan (distinguishes), memutuskan (decide) dan menyoal (question) sama ada sesuatu itu benar atau salah.[1] Dalam Kamus Dewan (1984) pula, perkataan ‘kritis’ ditakrifkan sebagai “tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu malahan menimbangkan buruk dan baiknya terlebih dahulu”.
Pemikiran kritis dari sudut istilahnya membawa pengertian sebagai ikhtiar dan daya intelektual dan moral untuk membangun, mempertajam dan memperhalusi serta mengembangkan sesuatu bidang ilmu tersebut. Disamping itu, pemikiran kritis juga boleh ditakrifkan sebagai pemikiran reflektif yang berusaha untuk memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu maklumat. Ia juga turut menekankan tentang soal fakta yang benar ataupun salah, soal bahasa yang mana jelas atau kurang jelas dan terutama sekali soal susunan hujah sama ada sah atau sebaliknya bagi sesuatu perkara.
Selain itu, pemikiran kritis dalam erti kata lain boleh ditakrifkan oleh Nik Azis sebagai “pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisa isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah daripada berbagai- bagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru”.[2]
Setiap ahli sarjana sains pemikiran meletakkan pengertian terhadap frasa ‘pemikiran kritis’ kepada pelbagai maksud berasaskan kepada pengalaman dan hasil kajian mereka. Antara definisi yang telah diletakkan adalah seperti “...berfikir secara serius (mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya”,[3] merupakan definisi yang diletakkan oleh Dewey pada tahun1993. Selain itu, Som dan Mohd Dahalan pada tahun 1999 telah mentakrifkan pemikiran kritis sebagai “kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah”.[4]
Ciri-Ciri Pemikiran Kritis
Dari sudut bahasa perkataan kritis berasal daripada perkataan Inggeris ‘ Critic’. Namun begitu kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘Kriths’ ( kritikos) yang bermaksud menimbang (judge). Menimbang pula membawa maksud menilai (evaluates), membezakan (distinguishes), memutuskan (decide) dan menyoal (question) sama ada sesuatu itu benar atau salah.[1] Dalam Kamus Dewan (1984) pula, perkataan ‘kritis’ ditakrifkan sebagai “tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu malahan menimbangkan buruk dan baiknya terlebih dahulu”.
Pemikiran kritis dari sudut istilahnya membawa pengertian sebagai ikhtiar dan daya intelektual dan moral untuk membangun, mempertajam dan memperhalusi serta mengembangkan sesuatu bidang ilmu tersebut. Disamping itu, pemikiran kritis juga boleh ditakrifkan sebagai pemikiran reflektif yang berusaha untuk memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu maklumat. Ia juga turut menekankan tentang soal fakta yang benar ataupun salah, soal bahasa yang mana jelas atau kurang jelas dan terutama sekali soal susunan hujah sama ada sah atau sebaliknya bagi sesuatu perkara.
Selain itu, pemikiran kritis dalam erti kata lain boleh ditakrifkan oleh Nik Azis sebagai “pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisa isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah daripada berbagai- bagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru”.[2]
Setiap ahli sarjana sains pemikiran meletakkan pengertian terhadap frasa ‘pemikiran kritis’ kepada pelbagai maksud berasaskan kepada pengalaman dan hasil kajian mereka. Antara definisi yang telah diletakkan adalah seperti “...berfikir secara serius (mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya”,[3] merupakan definisi yang diletakkan oleh Dewey pada tahun1993. Selain itu, Som dan Mohd Dahalan pada tahun 1999 telah mentakrifkan pemikiran kritis sebagai “kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah”.[4]
Ciri-Ciri Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis mempunyai beberapa elemen iaitu elemen pemikiran yang bersifat konsisten, logikal, analisis, penilaian, kritikal dan tidak berat sebelah. Ciri-ciri pemikiran kritis ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Andaikata bersifat konsisiten maka akan mempunyai kaitan dengan ciri pemikiran berbentuk logikal dan sebagainya. Hal ini dibincangkan lebih lanjut dalam menceritakan mengenai budaya berfikir kritis Saidina Abu Bakar As-Siddiq dalam perbincangan selanjutnya.
Elemen pemikiran kritis bersifat konsisten bererti bahawa pemikiran yang dibuat adalah tetap dan tidak berubah. Setelah membuat keputusan tentang sesuatu perkara, maka ia tidak akan berganjak daripada keputusan tersebut. Namu begitu, ia mesti bersesuaian dengan prinsip benar kerana benar dan salah kerana salah.[5]
Kedua, pemikiran kritis bersifat logikal yang boleh difahami bahawa logik akan menentukan sama ada sesuatu itu benar atau tidak dan ia bersandarkan kepada hujah akal. Ketiga, pemikiran kritis bersifat analisis yang bererti memberi perhatian terhadap unsur, elemen, bahan, perkara satu persatu dan bertujuan menghurai dan meneliti satu persatu sesuatu perkara itu.
Sekiranya diperhatikan, pemikiran kritis yang bersifat penilaian penting dalam membantu individu membuat keputusan secara bijak dalam sesuatu perkara. Tanpa cirri pemikiran kritis seumpama ini maka seseorang tidak dapat membuat keputusan dengan bijak dan tepat.
Selain itu, pemikiran kritis bersifat kritikal boleh difahami sebagai menimbang yang membawa maksud menilai, membezakan, memutuskan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah. Elemen pemikiran ini adalah penting dalam kemahiran pemikiran kritis.
Akhir sekali, pemikiran kritis juga bersifat tidak bias atau tidak berat sebelah. Tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam meletakkan sesuatu keputusan. Bersifat neutral dan tidak berat sebelah membolehkan ia rasional dan waras dalam membuat justifikasi sesuatu perkara. Keenam-enam ciri atau elemen pemikiran kritis ini telah diterapkan oleh Abu Bakar As-Siddiq dalam kepimpinannya ketika beliau menjadi khalifah umat Islam pertama selepas kewafatan Rasululllah s.a.w. Hal ini boleh diperhatikan dalam perbincangan selanjutnya mengenai pemikiran kritis Abu Bakar As-Siddiq yang menjadi tajuk utama perbincangan.
Tujuan dan Kepentingan Pemikiran Kritis
Bidang pemikiran kritis bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah secara lebih berkesan. Hal ini bermaksud bahawa yang penting bukan pada aspek psikologi pemikiran. Psikologi mengkaji cara pemikiran yang sebetulnya digunakan oleh manusia.
Pemikiran kritis menumpukan perhatian kepada kaedah-kaedah yang seharusnya digunakan oleh manusia untuk berfikir secara berkesan. Aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ialah penghujahan, iaitu cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.
Pemikiran kritis adalah amat penting dalam kehidupan seharian baik kepada petani, penjaja, guru, jurutera, pensyarah, ahli korporat mahupun sebagai seorang pelajar.[6] Budaya berfikir secara kritis perlu dititikberatkan dalam konteks kehidupan seharian dalam segala situasi dan keadaan sekalipun yang dihadapi sepanjang perjalanan hidup.
Bukan semua perkara yang dinyatakan adalah benar dan adil. Adakalanya perkara yang dinyatakan adalah tidak benar, dipalsukan dan diselewengkan. Oleh itu, tidak boleh menerima sesuatu perkara itu secara keseluruhan malahan perlu kepada penilaian secara kritis. Daya pemikiran memerlukan ketajaman dan kepersisan berfikir. Segala pengaruh negatif dapat melumpuhkan pemikiran individu.
Oleh yang demikian, pemikiran kritis amat penting sama ada dalam hal yang kecil mahupun besar. Hal ini kerana berkemungkinan hal yang kecil itu memberi kesannya sangat besar kepada masa depan dalam kehidupan individu. Oleh itu, pemikiran kritis perlu dalam kehidupan seharian.
[1] Mohd Azhar Ab. Hamid (2001), Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai.
sumber dipetik dari http://ciptaan-mulia.blogspot.com/p/konsep-pemikiran-kritis.html
KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN (VIDEO)
Teamwork and Leadership from Karl Mecklenburg NFL Motivational Keynote Speaker
KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN (ARTIKEL)
Teamwork
Projects often require that people work together
to accomplish a common goal; therefore,
teamwork is an important factor in most
organizations. Effective collaborative skills are
necessary to work well in a team environment.
Many businesses attempt to enhance their
employees' collaborative efforts through
workshops and cross-training to help people
effectively work together and accomplish shared
goals.
“The old structures are being reformed. As
organizations seek to become more flexible in the
face of rapid environmental change and more
responsive to the needs of customers, they are
experimenting with new, team-based structures”
(Jackson & Ruderman, 1996).
A 2003 national representative survey, HOW-FAIR [1], revealed that Americans think that
'being a team player' was the most important
factor in getting ahead in the workplace. This
was ranked higher than several factors,
including 'merit and performance', 'leadership skills',
'intelligence', 'making money for the
organization' and 'long hours'.
Teamwork skills
Aside from any required technical proficiency, a
wide variety of social skills are desirable for
successful teamwork, including:
Listening - it is important to listen to other people's ideas. When people are allowed
to freely express their ideas, these initial
ideas will produce other ideas.
Questioning - it is important to ask questions, interact,
and discuss the objectives of
the team.
Persuading - individuals are encouraged to exchange,
defend, and then to ultimately
rethink their ideas.
Respecting - it is important to treat others with respect
and to support their ideas.
Helping - it is crucial to help one's coworkers, which
is the general theme of
teamwork.
Sharing - it is important to share with the team to
create an environment of
teamwork.
Participating - all members of the team are encouraged to
participate in the team.
Communication - For a team to work effectively it is essential
team members acquire
communication skills and use effective communication
channels between one
another e.g. using email, viral communication,
group meetings and so on. This will
enable team members of the group to work
together and achieve the team's purpose
and goals.
1 Excerpt
from an article on WIKIPEDIA http://en.wikipedia.org/wiki/Teamwork
Implementing Powerful Programs for English Learners
and Migrant Students - Session 4
Team roles
Meredith Belbin (1993) basing on his research proposed ten roles that successful
teams
should have:
Coordinator
This person will have a clear view of the team
objectives and will be skilled at inviting
the contribution of team members in achieving
these, rather than just pushing his or
her own view. The coordinator (or chairperson)
is self disciplined and applies this
discipline to the team. They are confident and
mature, and will summarize the view
of the group and will be prepared to take a
decision on the basis of this.
Shaper
The shaper is full of drive to make things
happen and get things going. In doing this
they are quite happy to push their own views
forward, do not mind being challenged
and are always ready to challenge others. The
shaper looks for the pattern in
discussions and tries to pull things together
into something feasible, which the team
can then get to work on.
Plant
This member is the one who is most likely to
come out with original ideas and
challenge the traditional way of thinking about
things. Sometimes they become so
imaginative and creative that the team cannot
see the relevance of what they are
saying. However, without the plant to scatter
the seeds of new ideas the team will
often find it difficult to make any headway. The
plant’s strength is in providing
major new insights and ideas for changes in
direction and not in contributing to the
detail of what needs to be done.
Resource investigator
The resource investigator is the group member
with the strongest contacts and
networks, and is excellent at bringing in
information and support from the outside.
This member can be very enthusiastic in pursuit
of the team’s goals, but cannot
always sustain this enthusiasm.
Implementer
The individual who is a company worker is well
organized and effective at turning
big ideas into manageable tasks and plans that
can be achieved. Such individuals are
both logical and disciplined in their approach.
They are hardworking and methodical
but may have some difficulty in being flexible.
Team worker
The team worker is the one who is most aware of
the others in the team, their needs
and their concerns. They are sensitive and
supportive of other people’s efforts, and
try to promote harmony and reduce conflict. Team
workers are particularly
important when the team is experiencing a
stressful or difficult period.
Implementing Powerful Programs for English Learners
and Migrant Students - Session 4
Completer
As the title suggests, the completer is the one
who drives the deadlines and makes
sure they are achieved. The completer usually
communicates a sense of urgency,
which galvanizes other team members into action.
They are conscientious and
effective at checking the details, which is a
vital contribution, but sometimes get
‘bogged down’ in them.
Monitor evaluator
The monitor evaluator is good at seeing all the
options. They have a strategic
perspective and can judge situations accurately.
The monitor evaluator can be
overcritical and is not usually good at
inspiring and encouraging others.
Specialist
This person provides specialist skills and
knowledge and has a dedicated and singleminded
approach. They can adopt a very narrow
perspective and sometimes fail to
see the whole picture.
Finisher
The finisher is a person who sticks to deadline
and likes to get on with things. They
will probably be irritated by the more relaxed
members of the team.
Value of Teamwork
In 2006, two statistics professors at Brigham
Young University concluded after a long-term
study of NBA basketball games that teamwork
truly was the most important factor in
winning. While many might think that scoring or
rebounding statistics are the most
informative numbers, these professors
mathematically proved that the ratio of assists to
turnovers, a great of measure of teamwork, was
the best predictor of success over a season.
Based on this study, it is easy to understand
why the teams with the highest payrolls seldom
consistently win championships. While individual
skill and effort in sports is important,
teamwork is paramount.
PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Pengenalan:
Manusia dilahirkan untuk belajar. Proses pembelajaran bermula sejak dari kandungan ibu lagi dan apabila dilahirkan proses ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat. Proses pembelajaran ini berlangsung dengan penerimaan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber samaada, dari sumber individu, kelompok atau masyarakat yang lebih besar. Maklumat yang diterima terdiri daripada maklumat yang benar, tidak benar, berguna atau tidak berguna. Sesuatu maklumat juga mungkin tidak berguna pada individu tertentu tapi berguna pada individu lain. Oleh itu setiap maklumat yang diterima perlu diuruskan agar ia memberi manafaat kepada diri dan masyarakat.
Klik pada pautan di bawah untuk melayari maklumat mengenai PMPSH dalam bentuk Artikel, Video, Slaid persembahan dan juga ebook.
Sila pilih dan klik pautan di bawah:-
1. Artikel
2. Slaid persembahan
3. Video
4. Ebook
Manusia dilahirkan untuk belajar. Proses pembelajaran bermula sejak dari kandungan ibu lagi dan apabila dilahirkan proses ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat. Proses pembelajaran ini berlangsung dengan penerimaan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber samaada, dari sumber individu, kelompok atau masyarakat yang lebih besar. Maklumat yang diterima terdiri daripada maklumat yang benar, tidak benar, berguna atau tidak berguna. Sesuatu maklumat juga mungkin tidak berguna pada individu tertentu tapi berguna pada individu lain. Oleh itu setiap maklumat yang diterima perlu diuruskan agar ia memberi manafaat kepada diri dan masyarakat.
Klik pada pautan di bawah untuk melayari maklumat mengenai PMPSH dalam bentuk Artikel, Video, Slaid persembahan dan juga ebook.
Sila pilih dan klik pautan di bawah:-
1. Artikel
2. Slaid persembahan
3. Video
4. Ebook
KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
Pengenalan :
Kepimpinan merupakan satu topik yang sangat popular dan membawa pengertian yang luas dan subjektif. Hasil daripada kajian yang dilakukan mengenai kepimpinan dari pelbagai disiplin telah menghasilkan pelbagai definsi kepimpinan. Salah satu definisi yang mudah difahami ialah "Kepimpinan adalah proses dimana individu mempunyai upaya untuk mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat organisasi dan membawa organisasi kearah yang lebih mantap dan teguh"(Northouse 2007)
Element penting dalam kepimpinan ialah :-
Pemimpin: Individu yang memimpin. Mempunyai pengaruh, kuasa dan juga faham mengenai kekuatan diri dan dan tanggunjawab yang perlu dilakukan.
Pengikut: Anggota organisasi yang dipimpin. Orang yang perlu dipengaruhi oleh pemimpin untuk mencapai matlamat organisasi.
Gabungan dari kedua dua element ini membentuk satu unit kerja berpasukan.
Klik pada pautan di bawah untuk melayari maklumat mengenai kepimpinan dan kerja berpasukan dalam bentuk Artikel, Video, Slaid persembahan dan juga ebook.
Sila pilih dan klik pautan di bawah:-
1. Artikel
2. Slaid persembahan
3. Video
4. Ebook
Kepimpinan merupakan satu topik yang sangat popular dan membawa pengertian yang luas dan subjektif. Hasil daripada kajian yang dilakukan mengenai kepimpinan dari pelbagai disiplin telah menghasilkan pelbagai definsi kepimpinan. Salah satu definisi yang mudah difahami ialah "Kepimpinan adalah proses dimana individu mempunyai upaya untuk mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat organisasi dan membawa organisasi kearah yang lebih mantap dan teguh"(Northouse 2007)
Element penting dalam kepimpinan ialah :-
Pemimpin: Individu yang memimpin. Mempunyai pengaruh, kuasa dan juga faham mengenai kekuatan diri dan dan tanggunjawab yang perlu dilakukan.
Pengikut: Anggota organisasi yang dipimpin. Orang yang perlu dipengaruhi oleh pemimpin untuk mencapai matlamat organisasi.
Gabungan dari kedua dua element ini membentuk satu unit kerja berpasukan.
Klik pada pautan di bawah untuk melayari maklumat mengenai kepimpinan dan kerja berpasukan dalam bentuk Artikel, Video, Slaid persembahan dan juga ebook.
Sila pilih dan klik pautan di bawah:-
1. Artikel
2. Slaid persembahan
3. Video
4. Ebook
PEMIKIRAN KRITIS & PENYELESAIAN MASALAH
Pengenalan:
Pemikiran kritis merupakan satu aktiviti dalam otak dimana proses mentafsir,menilai dan menganalisis maklumat berlaku. Ini termasuklah segala proses berkemungkinan dan memikirkan benda yang abstrak atau bukan abstrak untuk menghasilkan kesimpulan konkrit, yang menggabungkan fakta-fakta saintifik dengan pemikiran logik.
Sebagai rumusan awal pemikiran kritikal,penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik boleh dilihat melalui kemahiran mengenalpasti masalah tersurat dan tersirat, mensintesiskan masalah dengan tepat dan menilai pelbagai pilihan dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.
Orang yang mempunyai pemikiran kritis juga dianggap seorang yang berfikir di luar kotak pemikiran dan berupaya menilai dan mempertimbangkan sesuatu lebih daripada tahap biasa.
.
Sila pilih dan klik pautan di bawah:-
1. Artikel
2. Slaid persembahan
3. Video
4. Ebook
Pemikiran kritis merupakan satu aktiviti dalam otak dimana proses mentafsir,menilai dan menganalisis maklumat berlaku. Ini termasuklah segala proses berkemungkinan dan memikirkan benda yang abstrak atau bukan abstrak untuk menghasilkan kesimpulan konkrit, yang menggabungkan fakta-fakta saintifik dengan pemikiran logik.
Sebagai rumusan awal pemikiran kritikal,penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik boleh dilihat melalui kemahiran mengenalpasti masalah tersurat dan tersirat, mensintesiskan masalah dengan tepat dan menilai pelbagai pilihan dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.
Orang yang mempunyai pemikiran kritis juga dianggap seorang yang berfikir di luar kotak pemikiran dan berupaya menilai dan mempertimbangkan sesuatu lebih daripada tahap biasa.
.
Sila pilih dan klik pautan di bawah:-
1. Artikel
2. Slaid persembahan
3. Video
4. Ebook
KEMAHIRAN KOMUNIKASI (ARTIKEL)
Kemahiran
Komunikasi Dalam Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar.
Satu
Tinjauan Di Kalangan
Ahli
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia
Yahya Bin Buntat & Muhamad Shahabudin Bin Hassan
Fakulti
Pendidikan
Universiti
Teknologi Malaysia
Abstrak: Kajian ini dijalankan
untuk mengenalpasti tahap kemahiran komunikasi dalam meningkatkan keyakinan
diri di kalangan pelajar melalui melalui tiga aktiviti utama iaitu aktiviti
pembentangan, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengurusan. Kajian berbentuk
deskriptif tinjauan ini melibatkan sampel 120 orang pelajar daripada populasi
seramai 369 orang pelajar yang menjawat jawatan sebagai ahli JKM 13 buah kolej
kediaman di UTM Skudai, Johor. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 45
item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini
telah diuji dan nilai Alfa Cronbach ialah 0.97 manakala keesahan item-item
diperolehi menerusi perbincangan dengan penyelia. Data-data yang dikumpul
seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) for Windows Version 13.0. Hasil analisis daripada persoalan
kajian mendapati bahawa kemahiran komunikasi penting dalam meningkatkan
keyakinan diri pelajar. Beberapa cadangan telah dibuat untuk mengukuhkan kemahiran
komunikasi pelajar terutamanya dari aspek kemahiran komunikasi semasa
pembentangan. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada
pihakpihak yang berkenaan bagi melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran
komunikasi yang berkeyakinan serta mampu bersaing di pasaran kerja kelak.
Katakunci: kemahiran
komunikasi, keyakinan diri
Pengenalan
Kemahiran
berkomunikasi merupakan elemen yang penting dalam proses kehidupan manusia.
Menurut Abdul Aziz Yusof (2003), komunikasi melibatkan penyampaian idea dan
perasaan kepada pihak lain. Tanpa berkomunikasi, maklumat tidak dapat
disampaikan daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Kita berkomunikasi
kerana kita ingin mempengaruhi pemahaman, sikap dan tindakan pihak lain sama
ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu sebagaimana yang kita
kehendaki. Proses komunikasi ini dapat berlaku pada bila-bila masa dan tidak
dapat dielakkan oleh mana-mana individu (Hashim, 2001). Manusia akan sentiasa
berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya sama ada sesama manusia bahkan dengan
penciptanya.
Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar
belakang masalah yang dihuraikan, didapati antara sebab yang berlakunya pengangguran
dikalangan mahasiswa adalah disebabkan oleh kurangnya keyakinan diri dalam
aspek berkomunikasi. Lantaran itu, penyelidik ingin mengkaji dan mengenalpasti
kepentingan kemahiran komunikasi dalam meningkatkan keyakinan diri di kalangan
ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai,
Johor yang meliputi kemahiran komunikasi semasa membuat pembentangan, kemahiran
komunikasi semasa aktiviti berkumpulan dan kemahiran komunikasi dalam aktiviti
pengurusan aktiviti.
Objektif Kajian
Berdasarkan
pernyataan masalah yang dinyatakan sebelum ini, objektif kajian ini adalah
bertujuan untuk mengetahui perkara-perkara berikut :
i. Mengetahui tahap
keyakinan pelajar dalam komunikasi semasa aktiviti pembentangan.
ii. Mengetahui tahap
keyakinan pelajar dalam komunikasi semasa aktiviti berkumpulan.
iii. Mengetahui tahap
keyakinan pelajar dalam komunikasi semasa aktiviti pengurusan.
Kepentingan Kajian
Kajian ini dapat
memberikan manfaat kepada beberapa pihak yang terlibat dalam kajian ini
terutamanya golongan mahasiswa. Walaupun demikian beberapa pihak lain juga
berkepentingan dalam melahirkan graduan yang mempunyai komunikasi yang
berkeyakinan.
Pelajar
Memberikan kesedaran
kepada pelajar mengenai kepentingan meningkatkan kemahiran komunikasi dalam apa
jua aktiviti pembelajaran di universiti. Ini penting untuk memberi pendedahan
kepada pelajar dalam berkomunikasi bagi meningkatkan keyakinan untuk menempuh
alam pekerjaan selepas tamat pengajian.
Pensyarah
Memberikan garis
panduan kepada pensyarah dalam menjalankan aktiviti pembelajaran supaya menerapkan
elemen kemahiran berkomunikasi dalam setiap aktiviti pembelajaran di Universiti
Teknologi Malaysia.
Universiti Teknologi
Malaysia
Menyelaras aktiviti
pembelajaran yang menekankan kepentingan kemahiran komunikasi bagi melahirkan graduan yang kerkeyakinan tinggi dalam
berkomunikasi.
Kementerian
Pendidikan Malaysia
Menggubal polisi
latihan komunikasi di institusi pendidikan tinggi supaya dapat menyediakan
graduan yang berkemahiran dalam berkomunikasi
Batasan Kajian
Kajian ini terbatas
kepada perkara-perkara yang dihadkan oleh penyelidik. Di antara batasan-batasan
tersebut adalah dari segi lokasi, sampel kajian dan faktor yang dikaji.
Responden yang di maksudkan dalam kajian ini terdiri daripada pelajarpelajar
yang merupakan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa UTM Skudai, Johor. Pelajar–pelajar
tersebut adalah mereka yang terdiri daripada:
a) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Rahman Putra (JKM-KRP)
b) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Tun Fatimah (JKM-KTF)
c) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Tun Razak (JKM-KTR)
d) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Tun Hussien Onn (JKM-KTHO)
e) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Tun Dr. Ismail (JKM-KTDI)
f) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Tuanku Canselor (JKM-KTC)
g) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Perdana (JKM-KP)
h) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa 9 (JKM-K9)
i) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa 10 (JKM-K10)
j) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa 11 (JKM-K11)
k) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa 12 & 13 (JKM-K12 & K13)
l) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa 14 & 15 (JKM-K14 & K15)
m) Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa 16 & 17 (JKM-K16 & K17)
Metodologi
Populasi Dan Sampel
Kajian
Menurut Azizi et.
al (2006), populasi adalah satu set lengkap semua kumpulan (manusia,
nombor, komuniti, bakteria dan sebagainya) yang memenuhi spesifikasi. Manakala
sampel ialah sebahagian daripada populasi yang didefinisikan. Mengenali
populasi dan sampel kajian adalah sangat penting dalam menjalankan penyelidikan
pendidikan
kerana ia akan
menentukan masalah yang perlu dikaji serta berapa banyak data-data dan maklumat
yang perlu dikumpulkan. Selain itu sampel juga menentukan masa, tenaga dan juga
kos perbelanjaan yang dikeluarkan untuk melaksanakan penyelidikan ( Mohd
Najib,1999). Populasi dalam kajian ini adalah terdiri daripada ahli JKM kolej
mahasiswa UTM Skudai. Bagi menentukan saiz sampel (respondan) yang akan
dilibatkan dalam kajian ini, penyelidik menggunakan 30% daripada jumlah
populasi sebenar. Menurut Mohd Najib (1999), 30% daripada populasi sebenar itu
sudah dianggap mencukupi bagi saiz sampel. Justeru itu jumlah minimum sampel ialah
seramai 104 orang. Walau bagaimanapun lebih besar peratusan sampel adalah lebih
baik kerana penyelidik mempunyai kemungkinan untuk memilih sampel yang
mempunyai ciri – cirri populasi. Sehubungan itu penyelidik telah memilih
seramai 120 orang respondan secara rawak mudah dari ahli JKM yang menginap di
13 buah kolej kediaman di UTM.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian adalah
alat yang digunakan untuk mengumpul data. Kajian ini menggunakan boring soal
selidik sebagai instrumen kajian untuk memperoleh maklumat daripada subjek yang
dikaji. Soal selidik digunakan lebih praktikal untuk populasi yang besar kerana
ia dapat mengukur pemboleh ubah yang hendak diukur daripada saiz sampel yang
banyak dan ini dapat meningkatkan ketepatan dapatan kajian (Mohd Majid, 1990).
Item-item kajian
dibina berdasarkan bahan sorotan kajian, memodifikasi item daripada kajian
lepas oleh penyelidik lain serta
pengalaman penyelidik sebagai seorang pelajar di Universiti Teknologi Malaysia.
Set borang soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian yang utama iaitu
bahagian A untuk maklumat peribadi dan bahagian B yang mengandungi item-item
yang berkait dengan skop kajian.
Bahagian A
Soalan-soalan yang
berkaitan dengan maklumat peribadi responden. Itemitem yang terdapat di dalam
bahagian A adalah
seperti di bawah :
i. Jantina
ii. Bangsa
iii. Umur
iv. CGPA
v. Kolej kediaman
Bahagian B
Dalam kajian ini,
item-item diukur menggunakan skala Likert. Skala Likert digunakan kerana ia
dapat memberikan gambaran yang lebih jelas dan tepat melalui maklum balas
responden. Setiap soalan yang direka
bentuk adalah berpandukan kepada pemboleh ubah yang hendak dikaji oleh
penyelidik. Responden hanya perlu menyatakan setuju atau tidak terhadap
item-item dengan menanda pada skor yang diberikan.
Kajian Rintis
Kajian rintis soal
selidik adalah berguna bagi mendedahkan kekeliruan dan soalan bermasalah yang
lain yang masih wujud dalam soal selidik. Kajian rintis dijalankan adalah
bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam soal
selidik yang dibina sebelum kajian sebenar dijalankan dan mengkaji
masalah-masalah yang akan timbul sewaktu proses sebenar pengumpulan data
dijalankan Saiz sampel untuk kajian rintis tidak perlu besar tetapi memadai
hanya 10 hingga 15 orang sahaja (Mohd Najib, 2003). Justeru itu, kajian rintis
ini telah dilakukan terhadap 10 orang pelajar yang terdiri daripada ahli JKM
Kolej 16 dan 17. Set borang soal selidik yang diedarkan dalam kajian rintis ini
digunakan oleh penyelidik untuk melihat kebolehpercayaan soal selidik sebelum
kajian sebenar di jalankan. Nilai pekali Alfa Cronbach yang diperolehi ialah
0.97, nilai ini menunjukkan item kajian diterima dan instrumen serta item-item pernyataan
tidak perlu di tukar (Mohd Najib, 1999).
Keputusan
Jadual 1: Keputusan Keseluruhan
Bagi Setiap Aspek Kajian Dalam Purata Peratusan
Jadual 1 menunjukkan
keputusan keseluruhan bagi setiap aspek kajian dalam purata peratusan. Terdapat
tiga aspek kajian iaitu kemahiran komunikasi semasa aktiviti pembentangan,
kemahiran omunikasi semasa aktiviti
berkumpulan dan kemahiran komunikasi semasa pengurusan aktiviti. Persoalan
kajian pertama iaitu tahap keyakinan kemahiran komunikasi semasa aktiviti
pembentangan menunjukkan peratusan di tahap sederhana iaitu 56.3 peratus.
Walaupun demikian jumlah ini hamper sahaja berada ditahap yang lemah dengan
kelebihan 7 peratus sahaja untuk berada di tahap lemah. Manakala 13.7 peratus
respondan memberikan jawapan tidak setuju berkenaan persoalan kajian pertama ini
dan selebihnya iaitu 15 peratus memberikan jawapan tidak pasti.
Persoalan kajian kedua pula menunjukkan
responden yang bersetuju bahawa keyakinan kemahiran komunikasi mereka berada di
tahap yang baik dengan mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 80.2 peratus.
Ini menunjukkan pelajar mempunyai kemahiran komunikasi yang baik tetapi hanya
terhad pada aktiviti bersama rakan sekumpulan sahaja. Hanya sebilangan kecil
respondan iaitu mewakili 2.3 peratus daripada mereka yang tidak bersetuju
dengan item-item yang dikemukakan pada persoalan kajian kedua ini. Manakala
bakinya iaitu 17.5 peratus memberikan respon tidak pasti pada item-item yang dikemukakan.
Persoalan kajian yang terakhir juga mencatatkan peratusan setuju yang tinggi
iaitu 84.3 peratus. Respondan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam
pengurusan dan penganjuran aktiviti yang sering dilakukan. Walau bagaimanapun
terdapat 7.2 peratus respondan masih belum mempunyai keyakinan kemahiran
komunikasi yang baik dari aspek ini. Terdapat 8.5 peratus daripada respondan memberikan
jawapan tidak pasti pada persoalan kajian yang ketiga ini.
Perbincangan
Apakah kemahiran berkomunikasi
dalam aktiviti pembentangan dapat meningkatkan keyakinan pelajar?
Berdasarkan maklumat
yang diperolehi, dapat dirumuskan bahawa kemahiran komunikasi pelajar dalam aktiviti
pembentangan berada di tahap yang sederhana. Kemahiran komunikasi memainkan
peranan yang amat penting dalam membuat pembentangan. Menurut Dr. Mohd Fadzilah
dan Ahmad Naim (2006), kepetahan bercakap adalah suatu bakat yang tersendiri,
tetapi kemahiran berkomunikasi adalah sesuatu yang perlu dipelajari. Sehubungan
itu kesedaran pelajar mengenai kepentingan kemahiran komunikasi perlu di semai
supaya aktiviti pembentangan akan menjadi medium pembelajaran yang efektif bagi
meningkatkan keyakinan pelajar dalam mengamalkan komunikasi yang efektif. Menurut
Abdul Rahman Abdul Aziz (2000), kebolehan komunikasi adalah pencapaian manusia
yang paling berharga kerana kebolehan ini telah membolehkan manusia berhubung
diantara satu dengan lain. Berdasarkan kenyataan ini, pengkaji ingin
mengingatkan pelajar supaya menggunakan aktiviti pembentangan sebagai landasan
berharga bagi memupuk kemahiran komunikasi yang berkeyakinan. Peluang ini
seharusnya digunakan oleh pelajar untuk memperbaiki kemahiran komunikasi dalam pembentangan
mereka dan sewajarnya pelajar tidak bersikap sambil lewa ketika melakukan pembentangan.
Ini berdasarkan dapatan kajian yang mencatatkan bahawa pelajar tidak cuba
mengambil inisiatif penting dalam memperbaiki kemahiran komunikasi mereka
terutamanya dalam amalan merekod pembentangan yang mereka lakukan bagi tujuan
penilaian kendiri.
Pada dasarnya
seseorang itu berhujah atau berkomunikasi disebabkan hendak mempengaruhi sikap,
pemikiran dan tingkah laku individu-individu yang mendengar ucapan (Ainon,
2003). Jadi komunikasi memerlukan stategi dan cara-cara yang berbeza supaya
objektif akan tercapai. Dapatan kajian menunjukkan persediaan sebelum
pembentangan, penggunaan bahan visual, penghuraian idea, intonasi, penggunaan
emosi dan peruntukan masa belum lagi mencapai tahap yang dikehendaki. Pelajar
perlu membuat persediaan dan mengamalkan etika dan adab komunikasi bagi
meningkatkan kemahiran komunikasi mereka ke tahap yang lebih baik. Aktiviti
pembentangan merupakan aktiviti pembelajaran yang bersifat formal di
universiti. Dapatan kajian membuktikan bahawa pelajar adakalanya masih gugup
ketika berhadapan dengan audien yang ramai ketika melakukan pembentangan.
Pelajar juga kurang mahir dalam menjawab persoalan yang dikemukakan oleh
persoalan yang dikemukakan oleh audien. Dapatan ini bertepatan dengan pendapat yang
dikemukakan Tengku Mahaleel (2002) yang menyatakan antara penyebab graduan
gagal dalam sesi temuduga adalah kerana mereka gagal meyakinkan majikan dengan
kelebihan diri masing–masing. Mereka juga gagal untuk memberi pendapat yang
bernas bagi sesuatu isu walaupun antara mereka mempunyai kelulusan akademik
yang cemerlang.
Justeru itu, jelaslah kelulusan akademik dan
teknikal perlulah juga dilengkapi dengan kemahiran komunikasi yang berkesan. Dapatan
kajian menunjukkan hasil yang bersamaan dengan kajian yang menemukan bahawa
terdapat pelajar yang tidak yakin dan takut untuk berucap di khalayak ramai
(Kulwindr Kaur Sidhu, 2006). Ini mungkin kerana perasaan gementar serta
struktur sesuatu ucapan itu yang perlu disokong oleh contohcontoh, ilustrasi,
fakta dan angka. Selain itu perasaan gementar yang timbul juga menyebabkan sesuatu ucapan
itu tidak dapat disampaikan dengan lancar.
Apakah kemahiran
komunikasi dalam aktiviti secara berkumpulan dapat meningkatkan keyakinan
pelajar?
Berdasarkan dapatan
persoalan kajian kedua ini, didapati para pelajar mempunyai kemahiran
komunikasi dalam aktiviti berkumpulan yang baik berdasarkan maklumat-maklumat
positif yang diperolehi dalam kajian ini. Aktiviti berkumpulan memerlukan
pelajar-pelajar untuk bekerjasama bagi mencapai tujuan tertentu. Menurut Long
(2005), salah satu ciri kumpulan ialah sekumpulan individu yang saling berkomunikasi
antara sesama ahli kumpulan untuk mencapai tujuan yang sama. Kesediaan pelajar
dalam mengambil inisiatif untuk memulakan perbincangan dan seterusnya melakukan
perbincangan berada di tahap yang memberansangkan.
Dapatan kajian
membuktikan bahawa pelajar mampu untuk memulakan komunikasi dan seterusnya
berkomunikasi sesama ahli kumpulan kerana mereka mempunyai tujuan yang sama
iaitu menyiapkan tugasan yang diperlukan untuk keperluan kursus. Proses
komunikasi akan sentiasa berlaku sepanjang pelajar menjalankan aktiviti secara
berkumpulan. Secara keseluruhannya pelajar-pelajar dapat untuk memberikan
respon, memberikan pendapat dan idea, memberi pandangan dan cadangan bagi
aktiviti yang sering mereka lakukan dalam kumpulan. Menurut Lumsden dan Lumsden
(2004), kehidupan peribadi dan kehidupan professional manusia memerlukan kebolehan
manusia untuk memikirkan secara kreatif dan kritikal bagi menyeronokkan suasana
kerja sekaligus mendapat keputusan yang baik dan berkesan. Jelas disini
membuktikan bahawa sumbangan idea,pendapat,cadangan dan respon akan membuatkan
ahli kumpulan sentiasa memupuk penjanaan idea yang kreatif bagi menyelesaikan
sesuatu masalah yang dibincangkan.
Dalam menyertai atau
mengendalikan sesuatu aktiviti berkumpulan, salah satu kemahiran yang perlu dimiliki
oleh pelajar adalah kemahiran mengurus interaksi apabila sedang berkomunikasi
dengan orang lain. Ertinya mereka tidaklah bercakapcakap mengikut kehendak
mereka sahaja, iaitu asalkan pihaknya berasa puas, tanpa mengambil kira sama
ada pihak lain berasa puas dalam berinteraksi dengannya. Menurut Abdullah dan
Ainon (2000), mutu interaksi terbahagi kepada tiga iaitu tujuan bercakap
tercapai, berjaya menjelaskan fikiran dan perasaannya dan keperluan
psikologinya dipenuhi. Justeru itu, penyelidik ingin melihat adakah pelajar
dapat mengaplikasikan interaksi yang baik ketika berkomunikasi dengan mengajukan
soalan seperti saya mahir mengurus interaksi apabila berkomunikasi dan kesannya
semua pihak akan berasa puas.
Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang terlibat dalam aktiviti
berkumpulan mampu mengaplikasikan interaksi komunikasi yang baik hanya berada
di tahap sederhana. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar yang bekerjasama
dalam kumpulan bukanlah dari kelompok yang sama tahap pemikirannya apatah lagi
amat sukar bagi manusia untuk memuaskan hati semua pihak. Menurut Abdullah dan
Ainon (2000), komunikasi berkesan mempunyai lima ciri iaitu kefahaman, keseronokan,
pengaruh ke atas sikap, perhubungan yang bertambah baik, dan adanya tindakan
yang menyusuli. Elemen keseronokan yang diutarakan dalam kajian ini menyokong
pendapat diatas dimana pelajar-pelajar lebih seronok melakukan aktiviti secara
berkumpulan berbanding secara berseorangan. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti
berkumpulan mampu meningkatkan keyakinan pelajar dalam berkomunikasi
berdasarkan persepsi pelajar yang setuju adalah tinggi. Kemahiran berkomunikasi
yang baik sememangnya dapat dibentuk dalam diri pelajar melalui kegiatan yang
disertai. Komunikasi antara rakan melalui pertukaran idea dan maklumat
membentuk komunikasi yang baik secara tidak langsung
dalam aktiviti yang
disertai (Zuraidah, 2003). Selain itu, melalui aktiviti berkumpulan juga akan
mendedahkan pelajar kepada proses penghuraian idea yang terperinci bagi
memantapkan kefahaman sesama ahli kumpulan. Kemahiran komunikasi dalam kumpulan
akan memaksa pelajar untuk memotivasikan rakan sekumpulannya apabila wujud ahli
kumpulan yang berputus asa atau buntu dalam memainkan peranannya dalam
kumpulan. Sehubungan itu pengorganisasian kumpulan yang cekap akan memainkan
peranan dalam memastikan setiap kumpulan dapat menjalankan fungsinya dengan
cekap. Menurut Parker (2003), perbincangan kumpulan memerlukan
individu yang akan
memainkan peranan dalam memastikan perbincangan terus berjalan sehingga
mencapai keputusan.
Ahli kumpulan boleh menyoal ahli kumpulan lain untuk memberikan huraian yang lebih
terperinci pada setiap idea yang dikemukakan. Pelajar juga perlu bijak dalam
memotivasikan rakan sekumpulan melalui pelbagai kaedah seperti meringkaskan hasil
perbincangan pada setiap peringkat perbincangan supaya ahli kumpulan yang belum
memberikan idea akan cuba dan terus berfikir untuk menyumbang kepada tujuan
perbincangan. Segala aspek yang diutarakan ini hanya menunjukkan peratusan
setuju yang sederhana sahaja namun boleh dipertingkatkan lagi melalui kesediaan
pelajar dalam memotivasikan ahli kumpulan lain.
Aktiviti berkumpulan
memerlukan struktur organisasi yang terancang bagi memastikan perjalanan
aktiviti dapat dilakukan dengan berkesan. Pelajar-pelajar yang melibatkan diri
dalam kumpulan dapat
menjalankan tugas
sebagai ketua kumpulan dan sekaligus memastikan ahli kumpulan dapat menerima
arahan yang telah
diarahkan. Arahan serta pengagihan tugas dapat dilakukan melalui aktiviti
mesyuarat yang boleh dilakukan pada suatu masa yang ditetapkan. Dapatan kajian
membuktikan elemen-elemen yang dihuraikan ini diadaptasi oleh pelajar dengan
baik sepanjang melakukan aktiviti berkumpulan kerana peratusan setuju yang
tinggi dicatatkan berkenaan item-item yang diajukan. Hasil dapatan ini disokong
oleh Lumpsden & Lumpsden (2004), yang menyatakan bahawa potensi komunikasi
berkumpulan dapat menghasilkan kumpulan kooperatif yang berkesan dengan
pengstrukturan organisasi kumpulan yang bersistem.
Kemahiran komunikasi
yang baik juga dapat diukur melalui kebolehan seseorang ahli kumpulan untuk mempengaruhi
ahli lain supaya menerima cadangan yang dikemukakan. Apabila wujud situasi
dalam kumpulan yang memerlukan persetujuan majoriti bagi menentukan sesuatu
keputusan, maka ahli kumpulan akan cuba untuk mempengaruhi ahli lain supaya
mempersetujui cadangan yang telah
dikemukakan. Cadangan
yang ditolak pula memerlukan kritikan yang beradap supaya proses komunikasi tidak
dicemari dengan ketegangan. Ahli kumpulan perlu bertolak ansur dan menghormati
keputusan yang dipersetujui oleh majoriti. Kajian ini membuktikan bahawa
pelajar-pelajar mampu untuk mempengaruhi ahli kumpulan lain supaya menerima
cadangan yang telah dikemukakan. Selain itu, pelajar-pelajar yang bekerja dalam
kumpulan juga mampu menonjolkan toleransi yang baik dengan mengamalkan sifat
tolak ansur bagi mengelakkan ketegangan dalam kerja berpasukan. Bersesuaian
dengan pendapat Dr Ismail Zain (Utusan Malaysia, 2001), prestasi yang
ditunjukkan melalui kemahiran berkomunikasi dapat membuktikan aras pemikiran,
keyakinan diri, serta aras komitmen dapat dinilai dengan lebih tepat.
Apakah kemahiran
komunikasi dalam aktiviti pengurusan dapat meningkatkan keyakinan pelajar?
Dapatan kajian dalam
bab empat, menunjukkan kemahiran komunikasi dalam aktiviti pengurusan Berjaya membuktikan
bahawa kemahiran komunikasi tersebut berada di tahap yang baik. Penyelidik
telah memecahkan item-item persoalan kajian bagi aktiviti pengurusan kepada 11
item yang relevan bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga ini.
Memandangkan
keseluruhan respondan adalah merupakan ahli JKM bagi kolej-kolej di UTM, maka
jelas kajian ini menunjukkan bahawa tiada respondan yang tidak bersetuju dalam
memberikan sumbangan kepada pengurusan aktiviti yang bakal dianjurkan. Komitmen
setiap ahli JKM memerlukan memerlukan mereka untuk memberi sumbangan dan
sokongan yang tidak berbelah bagi bagi setiap aktiviti yang bakal dianjurkan.
Penganjuran dan pengurusan aktiviti yang Berjaya akan mengharumkan nama kolej
sekaligus mendatangkan manfaat kepada semua warga kolej.
Kerjasama antara ahli
JKM kolej memerlukan setiap jenteranya supaya bersedia untuk berunding sesame mereka
dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak bagi menetapkan kaedah yang
terbaik dalam menganjurkan aktiviti samada pertandingan,seminar,bengkel,khemah
ibadat, sukan rekreasi dan sebagainya. Penentuan kaedah terbaik ini memerlukan
mereka untuk berkomunikasi dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan persetujuan
pada perlaksanaan program yang bakal dianjurkan. Dapatan kajian juga
membuktikan bahawa kemahiran komunikasi yang baik wujud apabila pelajar-pelajar
dapat mengemukakan cadangancadangan yang relevan untuk menjayakan sebarang
aktiviti. Pengorganisasian yang cekap memerlukan komunikasi yang efektif dari
peringkat atasan sehinggalah ke peringkat akar umbi. Apatah lagi dengan
penganjuran aktiviti yang memerlukan kos dan kertas kerja yang mantap bagi
mendapat kelulusan pihak yang berkenaan. Dapatan kajian membuktikan bahawa
pelajar pelajar mampu untuk mengorganisasikan jawatankuasa yang baik bagi
penganjuran sebarang aktiviti.
Jelas sekali di sini
menunjukkan bahawa pelajar setuju bahawa mereka bersedia membentuk organisasi bagi
melaksanakan sesuatu program atau aktiviti. Menurut Ahmad Atroy (1986),
seseorang pengurus atau pemimpin seharusnya mempunyai kebolehubahan dan
berbagai kemahiran yang perlu untuk mengubahubah kelakuannya sendiri. Maksud di
sini, pemimpin juga dikenali sebagai pengurus, kerana ianya mengurus, mentadbir
serta memerintah sesebuah organisasi supaya lebih berdaya saing. Sehubungan itu
seseorang pemimpin memerlukan mereka berkomunikasi dengan penuh keyakinan dalam
membahagikan tugas-tugas pengurusan kepada jawatankuasa aktiviti supaya organisasi
penganjuran dapat berjalan dengan lancar sekaligus memastikan kejayaan
pengurusan aktiviti.
Kemahiran komunikasi
dalam aktiviti pengurusan memerlukan pelajar untuk berkomunikasi dengan
pelajar lain bagi
menggalakkan pelajar lain untuk menyertai program yang bakal dianjurkan.
Kemahiran komunikasi ini memerlukan pelajar untuk menyampaikan maklumat
penganjuran aktiviti dan menjelaskan kepada pelajar tentatif program yang bakal
dijalankan supaya dapat menarik minat penghuni kolej supaya menyertai program
tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ahli JKM kolej-kolej UTM dapat mengamalkan
komunikasi yang baik dengan peratusan setuju yang tinggi.
Komunikasi lisan dan
bertulis turut diukur bagi meninjau kemahiran komunikasi pelajar. Pelajar
secara lisan mampu untuk mempengaruhi pelajar lain untuk menyertai program yang
bakal dianjurkan.
Perkataan
mempengaruhi ini boleh memerihalkan pelbagai bentuk seperti ajakan,pujukan,
penerangan
manfaat dan
sebagainya bagi menggalakkan pelajar lain untuk menyertai program yang bakal
dianjurkan. Walau bagaimanapun,kajian mendapati bahawa kemahiran komunikasi
bertulis berada di tahap yang rendah apabila pelajar-pelajar menyatakan bahawa
mereka tidak berkebolehan dalam membuat risalah penganjuran program yang
menarik bagi aktiviti yang bakal dijalankan. Jelas disini menunjukkan bahawa pelajar
kurang kreatif dalam menghasilkan risalah yang cukup menarik supaya dapat
menarik perhatianpara pelajar lain di kolej.
Kejayaan penganjuran
aktiviti memerlukan pelajar untuk berhubung dan berurusan dengan pihak luar
bagi memastikan
aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna. Sebagai contoh, penganjuran kempen
derma darah yang seringkali dianjurkan oleh pihak JKM kolej 16 dan 17
memerlukan ahli JKM untuk
berhubung dengan
Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu bagi penganjuran aktiviti tersebut.
Dapatan
kajian membuktikan
dengan jelas bahawa kemahiran komunikasi dengan pihak luar berada ditahap yang baik
lantaran peratusan setuju yang tinggi bagi kebolehan komunikasi dengan pihak
luar ini. Penerapan komunikasi yang lebih berkesan sebenarnya berlaku di luar
bilik darjah (Ee, 1990). Penglibatan dalam aktiviti pengurusan yang memerlukan
kerjasama dengan pihak luar secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri pelajar. Sifat berkerjasama, menghormati orang lain, semangat
berpasukan dan memberikan komitmen wujud melalui aktiviti yang dijalankan.
Menurut Hurst,
kemahiran komunikasi tidak dapat ditingkatkan tanpa wujudnya kesedaran oleh
individu itu sendiri. Dapatan kajian membuktikan bahawa pelajar-pelajar
mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan kemahiran komunikasi.
Mereka percaya bahawa penglibatan mereka dalam aktiviti penganjuran aktiviti di
kolej dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka ke tahap yang lebih baik.
Rumusan
Kajian mendapati
bahawa kemahiran komunikasi dalam aktiviti pembelajaran mampu untuk
meningkatkan
keyakinan diri pelajar. Berdasarkan dapatan kajian didapati bahawa aktiviti
komunikasi
pelajar semasa
aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengurusan menunjukkan kemampuan pelajar
untuk
berkomunikasi dengan
penuh keyakinan berada di tahap yang tinggi. Namun begitu, kemahiran
komunikasi dalam
aktiviti pembentangan berada di tahap yang sederhana kerana kajian mendapati
terdapat beberapa
kelemahan dalam amalan kemahiran komunikasi pelajar.
Rujukan
Al Qur’an al Karim.
Ab. Aziz Yusuf
(2003). Komunikasi Untuk Pengurus. Utusan Publication & Distributor Sdn.
Bhd. KualaLumpur.
Abd. Rahman Abdul
Aziz (2000). Kemahiran Sosial Asas. Utusan Publication & Distributor Sdn.
Bhd.Kuala Lumpur.
Ainon Mohammad
(2003). Komunikasi Berkesan. Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
Ainon Mohd &
Abdullah Hassan (2002). Mendorong Diri Sendiri. PTS Publications &
Distributor Sdn.Bhd. Pahang.
Ahmad Atroy Hussain
(1986). Tingkah Laku Organisasi Dalam Pengurusan Moden.
Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur
Azizi Yahya,
Sharifuddin Ismail, Amir Hamzah Abdul & Halimah Ma’alip (2001). Hubungan di
AntaraKonsep Kendiri Dengan Kemahiran Komunikasi Terhadap Pencapaian Akademik
Pelajar Di
sekolah Menengah Di
Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Yahya, Shahrin
Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2006).
Menguasai
Penyelidikan dalam Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.
Berita Harian (2004).
“Lemah Komunikasi Punca Lepasan Universiti Gagal Temu Duga.” Berita Harian,
20 April 2004.
Berita Harian (2006).
”Kadar Pengangguran Meningkat”. Berita Harian, 27 Januari 2006.
Buletin P&P Versi
Elektronik, Edisi 1 : Jun 2004
Coyle A. (1993). “Quality
interpersonal communication—perception and reality”. Manage, 45:1, 6-7.
Dato’ Dr. Mohd.
Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar (2006). Tip Menjadi Individu Menarik.
PTS
Millennia Sdn. Bhd.
Selangor.
Ee Ah Meng (1999).
Psikologi Pendidikan 1. Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor.
Hashim Fauzy Yaacob
(2001). Komunikasi Antara Manusia. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
Hasliza Hassan
(2003). Ciri – Ciri Kualiti Pelajar untuk Keperluan Kerja Pada Masa Kini,
Seminar
Antara Industri dan
Institusi Pendidikan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Hishamuddin Mohd
(2003). “Get Into The Business World.” Kertas kerja di “National IPT, Industry
and
Career Symposium
2003.”12-13 Julai 2003, di Century Mahkota, Melaka. Tidak diterbitkan
Hurst B. (1996). “The
Handbook of Communication Skills”. Kogan Page Ltd, London.
Jacob, W. (2007). “Tracking
the Development of Communication Skills: The Experience of 2004 and
2005 Pittsburgh Katz Graduates.” Pittsburgh Katz Business School
University. 1-3.
Sumber : http://eprints.utm.my/
Langgan:
Ulasan (Atom)